Wednesday, September 10, 2008

Countdown to Sepr 16!

Sambil kita menunggu 16 September datang menjengah, jangan lupa 911 yang akan muncul terlebih dahulu. 911 seperti satu 'curse' kepada dunia sekarang. Ramai ternanti-nanti apa akan berlaku lagi pada masa-masa ini bersempena dengan tarikh itu. Kita mungkin tidak lupakan Tsunami yang melanda Aceg tidak lama dahulu. Dari beberapa bulan akhir-akhir tahun kebelankangan ini, banyak peristiwa boleh berlaku bagi menutup tirai tahun 2008 ini.
Mungkin di Malaysia sendiri, antara yang terpenting ialah peristiwa pengambil alihan kerajaan yang diuar2kan oleh Datuk Seri Anwar. Tapi mungkin jugak selepas Pakatan Rakyat mengambil alih berlaku pengambil alihan sekali lagi sebelum menjelang 2009. Ya mana kita tahu, melihat betapa rapuh pendirian politik MP-MP di Malaysia apa sahaja boleh berlaku. Tidak menghairankan kalau terjadi begitu kecuali ia hanya mencatat sejarah baru dalam arena politik tempatan.
Semalam berita melaporkan Tun Mahathir akan masuk semula ke dalam UMNO, apakah tujuan beliau keluar UMNO telah tercapai? Mungkin dalam saat goyah begini, Tun cuba mengunakan pengaruhnya yang ada  untuk menarik balik kepercayaan ahli-ahli UMNO terhadap parti. Saya pernah terjumpa dengan ahli UMNO di peringkat bahagian berjawatan sebagai ketua pemuda bahagian. Ahli UMNO ini berkata, mereka sendiri dalam proses mereformasikan UMNO, mereka tahu pemimpin2 mereka tidak mendengar suara rakyat sendiri. Jadi mereka dalam proses menukar segala apa yang patut di dalam UMNO untuk menjadikan UMNO terus relevan kepada negara. Jadi pemilihan UMNO pada akan datang ini menjadi penentu kepada perubahan-perubahan tersebut. Namun kata beliau dalam pemilihan yang berlangsung di PWTC itu berbagai2 perkara boleh terjadi. Arakian semangat yang berkobar-kobar pada mulanya boleh tertukar dengan nilai wang yang tinggi.
Tapi saya yakin baik BN atau Pakatan Rakyat tidak satu pun benar-benar BERSIH dalam menjalankan atau melaksanakan matlamat masing-masing. Anasir-anasir yang mereka selam dan simpul dalam menlaksanakan matlamat masing-masing tidak dapat tidak mesti ada walaupun bagaikan tiada. Saya tidak fikir pada zaman sekarang ada pemimpin yang benar-benar berjuang demi rakyat tanpa kepentingan peribadi. Jika benar ada pemimpin ini, isu kanak-kanak hilang mungkin sudah terbela dari masing-masing risau lawan masing-masing menghalang antara mereka.
Yang mengaburi kita sekarang adalah pihak satu lagi nampak tertindas daripada pihak satu lagi. Adakah pihak tertindas akan berlaku adil kepada kerajaan sekarang jika mereka pula yang mentadbir negara. Kuasa memanglah mengaburi manusia. Yang sebenar-benarnya memang tiada manusia yang adil kecuali Nabi-Nabi Allah dan Allah S.W.T sendiri. Amin